MUAR, 04 MAC 2026,
Alhamdulillah,
Bebiri World berpeluang berbuka puasa bersama para pelajar di Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah, Parit Jawa, Muar, Johor.
Program ini turut disertai dengan penyerahan sumbangan zakat wakalah kepada pihak madrasah sebagai tanda sokongan kepada usaha melahirkan generasi penghafaz Al-Quran.
Kami juga diberi peluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih berjemaah bersama para pelajar tahfiz. Mendengar alunan bacaan Al-Quran daripada para huffaz muda benar-benar memberi ketenangan dan mengingatkan kita tentang pentingnya menyokong pendidikan Al-Quran.
Program ini juga dapat direalisasikan hasil sokongan para penternak Bebiri World, di mana sebahagian daripada penyertaan pakej menternak disalurkan kepada aktiviti kebajikan sepanjang Ramadan.
Semoga setiap amal kecil ini menjadi asbab keberkatan rezeki dan saham akhirat buat kita semua.
Melalui pakej menternak di Bebiri World,
anda bukan sahaja membuka peluang untuk menternak dan jana pendapatan,
tetapi turut membuka ruang untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.
Sebahagian daripada pembelian pakej akan disalurkan ke program-program amal Bebiri World sepanjang bulan Ramadan.
Sambil menternak, kita berinfaq.
Sambil membina masa depan, kita menyentuh hati insan lain.
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Jika bukan kita, siapa lagi?
Jom mulakan langkah pertama bersama Bebiri World.
SUMBER:
https://www.facebook.com/share/p/1ah2VQTCGx/
https://www.facebook.com/share/p/1B7p4yCU65/
🔊
Tap untuk suara
▶


