Alhamdulillah 🤲,
Bebiri World berbesar hati menerima jemputan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Anggota Keselamatan, Sumbangan Asnaf serta Penyerahan Zakat Perniagaan yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Dalam majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor ini, pihak Bebiri World telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM267,000.00 sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kami dalam berkongsi rezeki serta membantu golongan asnaf yang memerlukan.
Penyerahan zakat tersebut turut disempurnakan bersama Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Turut sama dalam majlis penyerahan zakat perniagaan ini adalah beberapa syarikat dan institusi lain antaranya Telekom Malaysia, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Angsana Johor Bahru Mall by UDA, KPJ Healthcare (oleh JCorp) serta Johor Plantations Group (oleh JCorp).
Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkatan rezeki serta memberi manfaat kepada lebih ramai penerima.
Terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong Bebiri World yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Semoga segala amal kita diterima Allah SWT di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. 🌙
SUMBER:
https://www.facebook.com/share/p/18Qf3DyUmD/?mibextid=wwXIfr


