Majlis Penyerahan Smart Panel bersaiz 85 inci kepada Sekolah Menengah Agama Kebangsaan Hj Mohd Yassin, Muar

Β 

MUAR, 16 MAC 2026,
Β 
Β 

Alhamdulillah 🀲,

Dengan penuh rasa syukur, telah berlangsung Majlis Penyerahan Smart Panel TV bersaiz 85 inci kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Hj Mohd Yassin, Muar, Johor.
Β 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengetua sekolah yang menzahirkan penghargaan atas sumbangan yang diberikan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas daripada CEO Bebiri Hostel Empire (M) Sdn. Bhd. yang turut berkongsi aspirasi syarikat dalam menyokong pembangunan pendidikan melalui inisiatif Pemberian Wakalah Zakat Perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Β 
Acara kemuncak majlis adalah sesi penyerahan Smart Panel bersaiz 85 inci yang telah ditempatkan di salah satu kelas untuk kegunaan sesi pembelajaran dan pengajaran.
Β 
Kemudahan ini diharapkan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih interaktif, efektif dan selari dengan perkembangan teknologi pendidikan masa kini.
Β 
Pihak kami percaya bahawa akses kepada teknologi pendidikan yang berkualiti mampu memberi impak besar dalam meningkatkan kefahaman, minat serta pencapaian pelajar. Justeru itu, sumbangan ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kami dalam menyokong pembangunan modal insan dan memperkasakan institusi pendidikan tempatan.

Β 

Semoga Smart Panel yang disumbangkan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pelajar dan tenaga pengajar, serta menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Hj Mohd Yassin, Muar.
Β 
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan sepanjang majlis berlangsung.
Β 

SUMBER:

https://www.facebook.com/share/p/1Djp22XtZf/

πŸ”Š Tap untuk suara
β–Ά
Facebook
X
Threads
WhatsApp
Telegram